welcome


Friday, 27 April 2012

Rindu yang tidak berpenghujung

Assalamualaikum...



Tidak siapa pun duga yang kita akan terperangkap semula dalam situasi macam ini. segala yang berlaku bukan atas & kehendak aku & kau. Apakah Tuhan mahu menguji kita berdua? Atau benar kata orang, " Cinta Adalah Kasih Yang Sejati "

Sayang,

Apapun aku mengaku salah selalu ganggu kau , menelefon kau. aku tidak boleh mengambarkan detik-detik bersama kau setiap hari. kini tinggallah aku keseoarang tanpa kau disisi aku. Sesungguhnya tidak ada yang lebih membahagiakan selain daripada mendengar suaramu setiap hari. yang pasti setiap kali berbual kita terasa semakin dekat & apabila suaramu hilang , aku menjadi semakin rindu.

Sayang,

Sampai bila harus kita bermain dengan perasaan sambil mendera perasaan dengan rasa sayang & rindu yang tiada penghujungnya. Berilah aku peluang untuk mencintaimu kembali, sesungguhnya aku sedar bahawa kau telah banyak terluka denganku.

Sayang, 

Terima kasih kerana memberi ruang disudut hatimu untukku menampung kasih. Sampai sekarang aku masih menunggumu saat untuk menerimaku semula. Benarkah " Cinta Itu Buta?"

Sekian , 

Your Love